BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 16, 2009

C.I.N.T.A

tuhan memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar, dan 2 mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah dinamakan "CINTA".

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata satu lagi. "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya." Siapa pula kamu?? Jawab titis air mata kedua tu.. "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja"Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perassan CINTA itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dengan telinga. Jadi, jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. TAPI bila apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

CINTA datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka disakiti sebelumnya.
Jangan simpan kata-kata CINTA pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata CINTA itu di pusaranya. Sebaliknya, ucapkan kata-kata CINTA yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahawa kamu sangat merindui seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya mendengar kata "HAI" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 di simpan di sisinya, 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang 1 bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencitai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya takkan kembali lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti BUNGA, kerana bunga mati di kala musim berganti. Cintailah mereka seperti SUNGAI, kerana sungai mengalir selamanya.

Permulaan CINTA adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan dalam dirinya.

CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Kata-kata CINTA yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh CINTA. Namun, apabila sampai saat nya nanti, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan ia pergi dengan sejuta tanda rasa tanya di hatinya. CINTA bukanlah kata murah dan lumrah yang di tuturkan dari mulut ke mulut, tetapi CINTA adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya..