BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 19, 2012

Majlis Apresiasi Kami...

Assalamualaikum...

Harini kitaorang BRIMIENS diraikan dalam satu majlis sederhana iaitu Majlis Apresiasi... majlis sempena penamatan kontrak kami pada hujung bulan ini sekaligus sebagai tanda penghargaan dan sumbangan yang telah kami berikan sepanjang perkhidmatan kami sebagai BRIMIENS...

sebenarnya aku tak tau pun ade majlis ni.. itu pun hari isnin yang lepas baru aku tau pasal majlis ni...itu pun si zue yang bagi tau aku... aweng memang dah tau awal pasal majlis ni sebab die di request untuk mewakili kami2 brimiens untuk bagi sepatah dua ucapan pada majlis tu nanti...

 majlis ini sebenanya di uruskan oleh rakan2 kami 5 orang yang telah di serap masok dalam LHDN bulan march yang lepas..

nak di jadikan cerita awal pagi tu aku dapat panggilan daripada penyelia kitaorang iaitu cik aida... aku ingat apesal la die kol aku pagi2...last2 aku diminta untuk pegi jumpe die kejap... suspens betol.. dah la takde berita baik sepanjang bulan ni... takde ura2 pun ade penyerapan atau pelanjutan kontrak kami... so bile kena panggil2 camni aku rasa dup dap dup dap jer...huhu..


bila pegi jumpa die, aku tengok la si jason and cath ade dalam bilik cik aida... makin la suspen.. last2 rupanya MC untuk majlis apresiasi kami tak datang...dan aku di minta untuk ganti tempat sebagai MC.. macam pelik jer la kan.. majlis tu untuk aku sebagai brimiens tapi aku jugak yang jadi MC.. si jason n cath tak nak jadi MC.. nak tak nak aku menyanggupkan diri aku untuk jadi MC pagi tu...aku tak kisah.. aku kan suke jadi "bidan terjun".. ahhaa...



bukan setakat MC, malah persembahan multimedia untuk majlis tu pun belom disediakan oleh mereka2 yang dilantik sebagai penganjur... so, cik aida pon mintak aku tolong sediakan persembahan multimedia yang simple saje untuk pagi tu...terkesima kejap aku!! aku ker penganjur ni?? walhal aku lah yang sepatutnya diraikan sebagai brimiens yang akan tamat kontrak!! huhu.. (mate ke atas tangan atas bahu)
 bagi aku, aku tak kisah pun nak tolong... tapi aku sedih n pelik kenapa orang yang dipertanggungjawabkan sebagai penganjur tak bersedia lebih awal dengan semua benda tu?? bukankah mereka dah tahu lebih awal pasal majlis tu? supposed to be mereka sepatutnye dah bersedia dan ade plan andai kata peristiwa yang tak diingini macam MC tak datang dan sebagainya tu... mesti ade back-up plan ok... pelik aku...

then dengan kelam kabut nyer aku prepare la jugak text MC n memerah otak aku untuk cari pantun2... aku kalau jadi MC suke memantun...heheh... then dengan video lagi yang perlu aku siapkan.. tak cukup otak aku ni nak berfikir..sebab kena bahagi2 mana dengan MC mana dengan video pulak...hadoiii... rase kena gergaji jer kepala aku nih..huhu


last2, dengan kudrat yang ade, dan ilmu yang aku pelajari dalam pembikinan movie maker ni, aku pun start la buat persembahan multimedia yang dieorang request tu.. then aku rasa lagu "harapan by Hyper Act" paling sesuai untuk persembahan tu nanti... cam sesuai jer kan dengan mode berharap kami semua.. berharap mengaharap semua la..huhu....

dengan dibantu oleh zue n asz, aku pilih gambor2 yang sesuai untuk di muat naik untuk video tu nanti.. cam tak cukup jer mase, sebab aku kena siapkan sebelum pukul 11.. dah la aku di beri tugas tu pukul before kol 9...macam robot pun ade rase nyer aku ni..huhu..

last2 benda tu sume siap... ni la hasil nyer.. tak best pun kann..hahahha...




at least ade jugak daripada takde kan..muehehehe...kalau aku diberi kepercayaan dari awal untuk buat benda ni sume, mesi lagi gempakkkk aku buat...huhu...cayalahhh....



then aku diberi 30 minit untuk preparation.. bile di try mainkan video ni, cik aida pun suke dengor lagu harapan ni.. n aku bagi tau cik aida, cik, lagu ni membawa maksud mendalam.. sebab sume berharapa mengharap..ehehe... n die paham maksud aku...eheh..


seperti biase tak best rasenyer kalo tak bergambo..yedak?? eheh.. ni la princess2 brimiens yang tinggal...


ni jugakk...

prince brimiens...haha..
 ni jugak...ahakss...


aku sebagai MC..erk?? hahaha...


aweng mewakili brimiens sekaliannn memberi sepatah dua kata... hahha..

then kitaorang dapat berita gembira... sebab dapat bonus!! yesss!!

lepas majlis tu sesi bersalaman dengan pengarah cawangan...cam same jer aku senget camtu dengan pengarah..hahahah..


then ade makan2 sekali...

then last sekali bergambar kenangan...ehehehe...

princess2 brimiens...



0 comments: